Bab 1


Seminggu sebelum kejadian..

”Busy. Seriously aku busy giler. Dah jangan ganggu aku lagi. Nyah kau.”
“Adekkkk~ tolonglahhh..sekejap je. Just this time okey?”
“Eeee, rimaslah. Macam parasite tau tak? Bagitau ayah kang.”
“Huaaaaaaaaaaaaa~~”

Air mata buaya. Penipu. Cukuplah aku tolong dia selama ni. Bukannya aku adik derhaka, tapi sekarang kakak aku yang menzalimi adik sendiri. She’s already 24. Dah betul dah tindakan ayah, suruh dia kahwin, tapi perangai setia dia tu tak bertempat. Boyfriend dia tu dah tunang. But still lagi kata, tu part of the planlah, jodoh kuat lagilah, kesetiaan hingga ke akhirnya. Ey pegi ****

Geram yang ammat. Sebab kalau tak kait dengan aku, boleh jugak aku beli pompom bagi support untuk kesetiaan dia depan ayah. Masalahnya, DIA LIBATKAN AKU! Kakak jenis ape ni? Aku faham niat ayah, nak suruh kakak move on, ayah atur banyak gile temujanji dengan anak kawan-kawan dia sampai ke tahap foreigner kau!  Tapi semuanya kakak tolak dengan berwakilkan aku. Kalau wakil takpe, masalahnya aku kena berlakon jadi dia.

Kitorang memang dua beradik je campur ayah. Umi dah meninggal sebab kanser. Aku dengan akak ni macam langit dengan bumi tau. Kakak aku ni extrovert. Peramah, pemurah, mesra dan drama. Haha. Yang last tu aku tak boleh sangkal. Drama macam mana?

“Dah tak payah nak peluk kaki aku, kak. Tak boleh besar pun kakinya. Simpan air mata tu buat besok. Lepas lap air mata tu, ambilkan aku air masak. Aku nak sambung tengok anime.”

Senyap. Ey, sedih bebenor kakak aku ni?

Owh, tengah whatsapp orang. Laptop aku on semula. File dokumen aku tekan. Meiji Tokyo Renka episode 3. Pasang earphone kat telinga, volume aku naikkan sehingga 50.

“AHAHAHAHAH!! ADEK! Aku dah dapat! Tengok ni.”

Ya Allah. Kenapa aku dapat kakak macam ni? Bingitnya telinga aku tuhan je yang tau. Ape pasal dijeritnya kat telinga aku. Somehow aku rasa kakak aku sengaja balas dendam sebab aku buat tak layan kat dia tadi. Aku jeling die sedas.

“Sorry. Sengaja.”

See? Sekarang dah tau kan kenapa aku jadi adik derhaka. Bila mata aku tertancap pada phone dia, aq tergamam. OMG. This is insane.

“Macam mana kau boleh dapat the latest version Fruit Basket 2019???? Bende ni belum keluar lagi lah! Bapaklah sampai episode 24? Bagi aku cepat!”

GILE. Official release kat Jepun pun tak keluar lagi tau x? Baru trailer je kot. Mana minah ni cekup? Bila nampak mata aku macam nak tercabut, kakak aku gelak je. Pastu dia angkat kening.
Berlagak.

“Member aku. Die kan kerja sana. Sort of dia bagi biggest spoiler kat aku kalau aku janji nak belanja die makan bila datang Malaysia nanti. Baikkan? Nanti jangan cakap orang. Ni kita-kita je.”
Member? Ingat aku percaya? Inilah apa yang terjadi pada semua candidate yang ayah hantar pada kakak aku. Jadi member. First diorang jumpa dengan aku jugak. Nampak? Sebab tu kakak aku suruh aku cover die dalam hal macam ni. Kemaslahatan pada diri dia je. Aku?

“Yelah yelah. Nanti transferkan file tu dalam anak aku ni tau. Sekali dengan sub-nya.”
“Hehehe. Macam nilah adikku sayang baby bucuk bucuk tenggelam timbul tak jumpa jumpa. Aku tau kau mesti tolong punye. Nanti aku bagi alamat eh? Ini yang last. Aku janji takkan suruh kau pegi bende-bende merepek ni. Tup-tup kau yang dapat suami sebijik. Muah. Love you dek.”

Itulah yang aku dapat sebagai bayaran setiap kali aku cover die. And macam yang kakak aku cakap, nampaknya temujanji buta yang ini betul-betul menjadi yang terakhir. Terakhir untuk zaman bujang aku.
 ......................

Senyap antara kami. Aku masih terdiam. Memang taklah aku nak balas kalau apa yang mamat ni cakap 100% betul. So jalan terbaik yang aku fikir sekarang, senyum dan,

“Saya nak ke ladies kejap.”

Lari.

Kerchak. Kunci toilet aku selak. Tangan menyeluk tas lalu mencapai handphone. Nombor kakak aku panggil. Nafas termengah mengah aku tak hirau. Mencicit aku lari tadi.
Macam mana boleh tau? Die upah orang ke? Even ayah tak pernah sedar pun pasal bende ni. Aduh. Macam mana ni? Matilah.

“Hello?”
“Kakak! Plan B!”
“Eh? Dia tau ke? Seriousla?”
“Woi cepatlah manusia. Kau nak kena hentam dengan ayah ke nanti??”
”Okey kejap. 15 minutes dear. Tu paling laju.” Tut.

Sejujurnya, 19 tahun aku hidup, ini first time aku rasa anxious tahap maximum. Kalau benda ni sampai ke pengetahuan ayah, ntah ntah sampai ke afrika dia hantar aku belajar nanti. Itu pada aku? Kakak? Mamat tu? Aduh. Parah-parah. Ayah pun tak boleh dapat surprise dasyat sangat. Dia dah tua. Aku taknaklah tinggal berdua dengan akak je nanti. Tak best.

Mana akak ni. Nasiblah baik aku pernah duga benda ni akan berlaku awal awal waktu kitorang plan benda ni. Tapi selama ni elok je, tak pernah pulak wujud species manusia yang teliti macam atok tu.
Even perangai aku dengan kakak tak sama, tapi figura kami kadang buat orang keliru yang mana satu adik dan kakak. Macam kembar. Orang katalah. Waktu itu, aku memang nak bagi penumbuk sebuku sebab kalau di-interpret secara tersirat, aku yang lima tahun lebih muda punya badan yang sama dengan kakak..nak kata aku besarla tu. Tak guna.

Ding! Mesej masuk.

Aku dah sampai.

Nice. Aku terus menerpa kakak sebaik sahaja melihat kelibatnya. Pakaianku terus dibuka.

“Bak sini seluar tu. Baju kau sekali.”
“Kau cakap banyak mana dengan die tadi, dek? Tu kain ambil.”

Kami bergegas menukar pakaian sambil bertukar maklumat. Yup. Every second counts.

“Aku tak sempat cakap banyak pun. Kerek sangat atok tu. Oh ye, dia kata lagi sebulan nikah, dua hari lepastu kahwin. Pandailah kau handle dia. Aku dah buat kerja aku.”
“Gile kau! Asal desperate sangat dia tu?”
“Mana aku tau and yang gile tu dia bukan aku. Okey done. Kau keluar dulu, dah 15 minit mamat tu tunggu. Kita tak bole bazir masa orang macam dia. Bye baby, best of luck.”

 Aku terus tolak kakak aku. Hehe. At last, freedom!
 ............

Dari kejauhan aku perhati kakak aku. Tenangnya dia. Ngeehehehe. Hmmmm. Diorang cakap something lepastu mengambil tempat duduk semula. Dari gaya kakak aku, aku boleh espect yang kakak aku macam tersangkut kat mamat tu je. Yup. Tersangkut. Sebab kalau nak disbanding dengan ex dia tu, this guy looks a lot better. Well, none of my business. Balik ni boleh tengok fruit basket. Jadi jom kita balik!

Aku menyangkut tas tangan ke bahu dan mula mengambil langkah. Kepala ku tundukkan sedikit dan berjalan perlahan ke pintu utama. Baju yang ku pakai kali ini jauh berbeza dengan apa yang aku pakai tadi. Blause labuh dengan seluar slack. Shawl yang dililit simple tapi labuh. Gaya pemalas. Pasal inilah yang berbeza pada aku dan kakak. Akak selalu bergaya ranggi dari aku. Pilihan pakaian dia dari atas ke bawah tip top. Seksi? Nak kena bakar baju tu dengan ayah, buatlah. Ayah pantang bab jaga anak perempuan dia. A doting father it is.

Aku tak boleh sorok senyuman aku bila aku keluar dari restoran tu. Happy yang tak terbendung. Macam rasa dunia ni aku punya. Setelah ini, tiada lagi temu janji buduh yang merosakkan plan hidup aku. Aku rasa aku pun dah kena start cari kenalan lelaki sebelum ayah attack aku pula lepas ni. haha.
Aku berhenti sekejap di depan pintu bila aku dengar bunyi noti masuk.

Dek, balik cepat. Dia dah nak keluar pintu.

Hah sudah. Belum sempat aku pecut, pergelangan tangan aku ditarik ke belakang membuatkan aku berpaling dan melihat senyuman sinis itu.

“Nak lari ke mana? Urusan kita tak selesai lagi, cik Siti Nur Khadijah. You and your sister, follow me. Let’s meet your dad.”




* done another bab. isu nama ni haiii problem betulla. seyesly this is so awkward.

Comments

Popular Posts